Sunday, June 7, 2009

Belajar Bagaimana Untuk Membuat Duit Dengan Blog Anda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai model bisnes.Ada dua jenis model bisnes yang digunakan para usahawan internet untuk membuat duit dengan blog mereka. Perkara pertama dan sangat biasa dilakukan adalah dengan menjadikan blog sebagai tempat mencari keuntungan dengan menjual pelbagai jenis iklan kepada pelbagai jenis syarikat dan jenama yang ingin menarik perhatian pembaca blog. Cara kedua pula adalah dengan membantu sesebuah jenama memperbaiki imejnya melalui cara memupuk satu hubungkait positif antara blog dan produk dalam pemikiran pengguna. Kedua-dua cara blog ini dapat mengaut keuntungan tinggi, terutamanya jika webmaster mempunyai keazaman tinggi dalam pemasaran.

Jika anda menulis blog dengan matlamat untuk menjual iklan, ada dua cara asas yang boleh anda gunakan untuk mengambil penaja yang mahu meletak iklan didalam blog anda; anda boleh menyerahkan tugas kepada orang lain atau anda boleh membuat kerja berseorangan dan mengaut sendiri keuntungannya. Dalam kumpulan pertama, ramai orang membuat duit melalui blogging adalah dengan menjual ruang iklan melalui program Google Adsense. Kelebihan yang diperolehi dari program ini adalah banyak memandangkan usaha yang sedikit dari blogger atau webmaster.

Menjual iklan secara terus kepada syarikat yang mahu meletak iklan banner atau link tajaan dalam blog anda mungkin memakan masa yang lebih lama, tetapi hasil bayaran dari ini adalah sangat memuaskan. Sekiranya anda mempunyai banyak kenalan dalam bidang yang berkaitan dengan blog anda, anda mungkin mahu memikirkan cara ini. Bagi mereka yang mempunyai latar belakang dalam bidang jualan dan berpengalaman dalam membuat proposal boleh membuat duit yang banyak dengan menyewakan ruang blog kepada syarikat yang berminat. Masalah utama dalam model ini adalah anda harus mempunyai pembaca yang agak ramai sebelum anda dapat menarik pengiklan, maksudnya anda harus membuat kerja selama beberapa bulan sebelum anda dapat menjana pendapatan dengan cara ini.

Semakin blogging menjadi bisnes yang mendatangkan keuntungan, banyak syarikat mencari jalan bagaimana mereka dapat merebut peluang ini. Satu cara untuk mendapat keuntungan dari blog adalah dengan membuat laman blog yang mesra pengunjung bagi syarikat itu. Selalunya syarikat akan mengambil blogger yang diiktiraf untuk mencipta satu blog yang direka khusus untuk pelanggan syarikat dan mencipta hubungan positif dengan jenama dalam fikiran pengguna. Bukan hanya seorang penulis tidak pernah bermimpi membuat duit dengan blogging telah diambil syarikat-syarikat untuk tujuan ini dan mereka menerima bayaran yang tinggi kerana kerja ini.

No comments:

Post a Comment